X

Kindly register in order to view this article
!

Pemuda UMNO sokong penuh titah Agong

Asyraf Wajdi
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO menyokong titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya mempamerkan kematangan dalam berpolitik, memahami dan menjiwai keluh kesah rakyat, di samping tidak mengabaikan kesejahteraan rakyat.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, nasihat tersebut amat bermakna dan sewajarnya diambil iktibar serta pedoman buat semua.

"Pemuda UMNO menjunjung kasih dan mendokong penuh titah dan saranan Seri Paduka Baginda.

"Fokus ketika ini seharusnya ditumpukan kepada agenda membantu rakyat yang sedang mendepani pandemik Covid-19 dan impak negatifnya. Ia memberi kesan langsung terhadap kedudukan ekonomi negara dan kebajikan rakyat yang ketika ini dihimpit rasa susah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yang di-Pertuan Agong hari ini menasihati semua rakyat Malaysia khususnya ahli politik bermuhasabah supaya negara tidak sekali lagi diheret ke kancah politik tidak menentu.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Seri Paduka Baginda memberi ingatan itu kerana negara masih lagi berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat ancaman pandemik Covid-19.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!