Dewan Rakyat terima 30 usul daripada 25 ahli Parlimen

AZHAR AZIZAN
AZHAR AZIZAN
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat menerima sebanyak 30 usul daripada 25 ahli Parlimen yang akan dibawa pada sidang yang akan berlangsung pada 2 November ini.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, kesemua usul-usul yang dikemukakan akan diteliti dan dipertimbangkan mengikut peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Sehingga petang ini, Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat telah menerima sejumlah 30 usul daripada 25 Yang Berhormat Ahli Dewan Rakyat," katanya menerusi satu kenyataan di sini malam tadi.

Mesyuarat Ketiga penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas Dewan Rakyat akan berlangsung mulai 2 November ini.

Sesi sidang mesyuarat tersebut telah dimaklumkan melalui satu pemberitahuan oleh Setiausaha Dewan Rakyat kepada ahli-ahli Dewan Rakyat pada 2 Oktober lalu.

Semalam, lima ahli Parlimen Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sudah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dibentangkan pada Sidang Dewan Rakyat akan datang.

Usul berkenaan dibawa Tun Dr Mahathir Mohamad (Langkawi), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

Turut mengesahkan telah menghantar usul yang sama ialah kesemua 11 ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah).

Artikel Berkaitan:

Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad menerusi ciapan di Twitter beliau hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN 11 MP Amanah kemuka usul tidak percaya terhadap PM