Pemaju hartanah Ting Pek Khiing meninggal dunia

Ting Pek Khiing
Ting Pek Khiing
A
A
A

SHAH ALAM - Pemaju hartanah terkemuka, Tan Sri Ting Pek Khiing, 75, meninggal dunia kira-kira jam 3.30 petang di kediamannya di Jalan Setia Raja, Kuching, Sarawak hari ini.

Berita dukacita itu disahkan sumber terdekat dengan keluarga mendiang, lapor Utusan Borneo.

Bagaimanapun usaha mendapatkan maklumat lanjut daripada ahli keluarga mendiang buat masa ini belum berjaya dan mereka memohon privasi sementara sedang sibuk menguruskannya.

Pek Khiing dilahirkan pada tahun 1945 di Bintangor dan merupakan seorang penjual buah-buahan ketika remaja seperti bapanya.

Mereka menjual buah-buahan di seluruh Sarawak sebelum beliau menceburi industri pembinaan bermula sebagai subkontraktor.

Antara lain, syarikatnya merupakan kontraktor pembinaan Lapangan Terbang Bintulu pada 2002 dan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada 2003.

Mendiang terkenal kerana membina sebuah hotel di pulau peranginan Langkawi dalam tempoh 100 hari sebagai persediaan untuk Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada 1991.

Artikel Berkaitan: