Dewan Rakyat dijadikan penghalang kebebasan bersuara: Tun M

Hantaran yang dimuat naik dalam Facebook rasmi, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.
Hantaran yang dimuat naik dalam Facebook rasmi, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Dewan Rakyat yang sepatutnya menjadi tempat ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang berbahas, kini telah dijadikan penghalang kepada kebebasan bersuara dan berbahas.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, undang-undang dan aturan peraturan diperlukan untuk menentukan pengurusan dipermudahkan supaya matlamat tercapai.

Malangnya, kata beliau, undang-undang dan aturan peraturan boleh disalah tafsir dan disalah gunakan.

“Inilah yang berlaku dalam Dewan Rakyat. Dewan yang diadakan supaya semua pihak, kawan dan lawan boleh berbahas, sudah dijadikan penghalang kepada kebebasan bersuara, kebebasan berbahas,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

Dalam perkembangan hari ini, Dr Mahathir buat kali ketiga menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain beliau, empat lagi ahli Parlimen daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) turut menghantar surat sama bagi tujuan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:

Lima lagi Ahli Parlimen hantar surat mohon usul undi tak percaya

Maszlee sahkan lima MP Pejuang bawa usul tidak percaya kepada PM

Artikel Berkaitan: