Covid-19: Kes positif, kematian meningkat di Indonesia

 Kes jangkitan koronavirus (Covid-19) terus meningkat di Indonesia dengan 4,411 kes baharu dalam 24 jam menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 349,160 kes. Kes jangkitan koronavirus (Covid-19) terus meningkat di Indonesia dengan 4,411 kes baharu dalam 24 jam menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 349,160 kes.

A
A
A

JAKARTA - Kes jangkitan koronavirus (Covid-19) terus meningkat di Indonesia dengan 4,411 kes baharu dalam 24 jam menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 349,160 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 154,926 lagi pesakit masih dalam pemantauan selepas dijangkiti virus berkenaan.

Sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 112 lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam dan menjadikan jumlah kematian keseluruhan berjumlah 12,268 orang.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 91,337 kes, dengan tambahan 1,071 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,497 orang, diikuti Jakarta (1,970), Jawa Tengah (1,560) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama

Artikel Berkaitan: