EAIC siasat insiden suspek Macau Scam lari

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) membuka kertas siasatan berhubung insiden suspek utama Macau Scam melarikan diri daripada tahanan polis, baru-baru ini. Foto Astro Awani
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) membuka kertas siasatan berhubung insiden suspek utama Macau Scam melarikan diri daripada tahanan polis, baru-baru ini. Foto Astro Awani
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) membuka kertas siasatan berhubung insiden suspek utama Macau Scam yang melarikan diri daripada ditahan polis baru-baru ini.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, siasatan awal telah dilakukan mengikut Seksyen 28 Akta 700.

"EAIC memandang serius kes suspek melarikan diri dan punca yang menyebabkan ia boleh berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.

Isnin lalu, suspek utama sindiket itu yang bergelar Datuk Seri berjalan meloloskan diri daripada ditahan polis selepas dibebaskan daripada tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dia dipercayai dibantu oleh dua pengawal peribadinya dengan memanjat pagar belakang Ibu Pejabat SPRM sebelum melarikan diri dengan Perodua Myvi yang menanti di tepi jalan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mendedahkan wajah individu tersebut yang dikehendaki bagi siasatan membabitkan tiga kes mengikut Seksyen 4(1) (C) Akta Rumah Judi Terbuka.

Berdasarkan rekod, suspek, Goh Leong Yeong, 32, menetap di Blok 25B2-5-8, Miharja Condo, Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: