RON95, RON97 naik satu sen

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik satu sen seliter bagi tempoh 17 hingga 23 Oktober.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, ia berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.68 dan RON97 ialah RM1.98," katanya.

Menurutnya, harga runcit diesel pula naik sebanyak lima sen seliter iaitu daripada RM1.69 seliter kepada RM1.74 seliter.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.

Artikel Berkaitan: