One Utama dibuka semula esok

Pusat membeli belah 1 Utama yang ditutup sebelum ini beroperasi semula, esok.
Pusat membeli belah 1 Utama yang ditutup sebelum ini beroperasi semula, esok.
A
A
A

PETALING JAYA - Pusat membeli-belah One Utama yang ditutup sebelum ini ekoran terdapat kes positif wabak koronavirus (Covid-19) akan beroperasi semula bermula esok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin berkata, perkara itu disahkan menerusi semakannya bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling sebelum ini.

Menurut Jamaliah, PKD Petaling memberi kebenaran untuk pusat membeli-belah berkenaan beroperasi semula selepas segala proses dan ukuran piawaian kesihatan yang dikehendaki telah dijalankan.

"Ini termasuk semua pekerja yang hadir bekerja telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif serta turut tidak mempunyai kontak fizikal dengan pekerja yang disahkan positif sebelum ini.

"Bagi pekerja yang ada kontak fizikal dengan pesakit positif Covid-19, mereka tidak dibenarkan untuk datang bekerja dan mesti menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari.

"Begitu juga dengan ahli-ahli keluarga pesakit positif Covid-19, mereka juga dikehendaki menjalani ujian saringan dan kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN Covid-19: Pekerja, penyewa One Utama disaring

Sebelum ini, One Utama ditutup selama tujuh hari bagi tujuan saringan dan proses nyahkuman berikutan terdapat kes positif Covid-19 dikesan membabitkan pekerja dan pengunjung premis berkenaan.

Dalam pada itu, Jamaliah berkata, Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama akan terus bekerjasama dan menghormati sebarang keputusan diputuskan oleh PKD Petaling, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Artikel Berkaitan:

"Saya juga berharap penduduk-penduduk DUN Bandar Utama akan sentiasa menjaga keselamatan, mematuhi prosedur operasi standard dan kurangkan aktiviti-aktiviti luar sepanjang tempoh ini," katanya.