Barang tiruan bernilai lebih RM1 juta dilupus

Mohd Ridzuan (tengah) bersama pegawainya melakukan proses pelupusan barangan tiruan Kompleks Penyimpanan Ekshibit KPDNHEP di Bukit Minyak, Bukit Mertajam hari ini.
Mohd Ridzuan (tengah) bersama pegawainya melakukan proses pelupusan barangan tiruan Kompleks Penyimpanan Ekshibit KPDNHEP di Bukit Minyak, Bukit Mertajam hari ini.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang melupuskan pelbagai barangan tiruan bernilai lebih RM1 juta hari ini.

Pengarahnya, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata, barangan dilupuskan itu melibatkan 109 kes yang dirampas pihaknya di daerah Timur Laut dan Seberang Perai Utara serta bahagian penguatkuasaan negeri.

Menurutnya, antara barangan yang dilupuskan seperti kasut sukan,selipar, seluar jeans, beg tangan, jersi, jam tangan serta seluar sukan.

Mohd Ridzuan (tengah) bersama pegawainya melakukan proses pelupusan barangan tiruan Kompleks Penyimpanan Ekshibit KPDNHEP di Bukit Minyak, Bukit Mertajam hari ini.
Mohd Ridzuan (tengah) bersama pegawainya melakukan proses pelupusan barangan tiruan Kompleks Penyimpanan Ekshibit KPDNHEP di Bukit Minyak, Bukit Mertajam hari ini.

"Turut dilupuskan hari ini ialah makanan, cakera video digital pelbagai tajuk, alat timbang, tangki fiber serta paip penyambung gas.

"Pelupusan ini adalah kali keenam dilakukan tahun ini dan semua dilaksanakan bagi kes-kes yang telah selesai tindakan di semua peringkat," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Penyimpanan Ekshibit KPDNHEP di Bukit Minyak di sini hari ini.

Mohd Ridzuan berkata, kesemua kes terbabit disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Hak Cipta 1987, Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Cap Dagang 2019 serta Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.

Katanya, secara keseluruhan, sebanyak 543 kes barangan tiruan membabitkan nilai RM2.52 juta dilupuskan sejak Januari tahun ini.

Artikel Berkaitan: