Covid-19: Kerajaan harus lindungi barisan hadapan

Hannah
Hannah
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan harus meningkatkan usaha melindungi barisan hadapan kita yang setiap hari membahayakan nyawa mereka bagi memastikan keselamatan rakyat.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, dengan peningkatan kes dalam kalangan anggota polis dan komuniti di sekeliling mereka, sudah tiba masanya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk lebih serius menambah baik kebajikan anggota polis.

"Ini termasuk memastikan bahawa tempat kerja dan kuarters perumahan mereka tidak sesak.

"Bolehkah anggota polis kita mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) koronavirus (Covid-19) dengan mempraktikkan jarak sosial di tempat kerja mereka sekarang? Banyak balai polis dan kuarters perumahan mereka didapati kurang memuaskan.

"Saya juga mendesak Menteri Dalam Negeri supaya memastikan alat pelindung diri disediakan secukupnya termasuk alat pengimbas suhu, pelitup muka dan pembersih tangan untuk anggota polis kita di tempat kerja mereka dan ketika mereka bertugas dimana-mana pusat bergerak," katanya menerusi kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN 19 anggota IPD Cheras positif Covid-19

Beliau berkata, melindungi barisan hadapan merupakan komponen terpenting dalam memerangi Covid-19.

"Oleh itu, kerajaan harus meningkatkan usaha melindungi barisan hadapan kita yang setiap hari membahayakan nyawa mereka bagi memastikan kita semua selamat," katanya.

Artikel Berkaitan: