Dua warga asing didenda gagal patuhi SOP PKPP

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua lelaki warga asing masing-masing didenda RM700 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) iaitu tidak mendaftarkan butiran diri ketika berada di sebuah kedai runcit awal Oktober lalu.

Tertuduh, Romjan, 30, warga Bangladesh dan Ram Prasad Phokhrel, 42, warga Nepal, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret, Wong Chai Sia.

Mahkamah mengarahkan kedua-dua tertuduh juga dipenjara dua minggu jika gagal membayar denda.

Mengikut kertas pertuduhan pada 4 Oktober lalu jam 5 petang, Ram Prasad, pengawal keselamatan dan Romjan, seorang buruh binaan ketika berada di sebuah kedai runcit di Kampung Datuk Keramat, Wilayah Persekutuan didapati gagal mematuhi Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Kedua-dua mereka didakwa gagal mendaftar butir-butir diri di dalam buku daftar di dalam sebuah premis kedai runcit dan pertuduhan boleh dihukum mengikut Peraturan 11.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan didenda maksimum RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Khaliq Nazeri sementara kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: