X

Kindly register in order to view this article
!

Gangguan bekalan air di Klang, Shah Alam dan Kuala Langat

Kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah tersebut.
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 59 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Langat berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah disebabkan oleh pihak ketiga.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, kejadian paip pecah itu berlaku disebabkan oleh kerja-kerja tambakan di kawasan pembinaan berhampiran Seksyen U11.

Kerja-kerja terbabit katanya, telah mengakibatkan tekanan berlebihan sehingga menyebabkan kejadian pecah paip.

"Berikutan insiden itu, sebanyak 59 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Langat telah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual," katanya.

Dalam pada itu, Air Selangor berkata, bantuan lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan terlibat bagi membantu pengguna terjejas.

"Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah berkenaan dari masa ke masa menerusi semua saluran komunikasi," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!