Petugas dalam pesawat bawa Joe Biden positif Covid-19

Seorang petugas yang turut sama dalam penerbangan khas kempen calon presiden Demokrat Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah disahkan positif Covid-19.
Seorang petugas yang turut sama dalam penerbangan khas kempen calon presiden Demokrat Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah disahkan positif Covid-19.
A
A
A

WASHINGTON - Seorang petugas yang turut sama dalam penerbangan khas kempen calon presiden Demokrat Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah disahkan positif Covi-19, lapor agensi berita Xinhua.

Petugas itu menaiki pesawat yang sama dengan Biden menuju ke Ohio pada Isnin dan Florida pada Selasa, tetapi mereka sering berada lebih 50 kaki antara satu sama lain dan memakai pelitup muka, kata pasukan kempen Biden dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kenyataan itu mengatakan petugas tersebut yang disahkan positif adalah 'anggota pentadbiran' syarikat yang menyewakan pesawat 737 tetapi 'tidak pernah berhubung secara langsung' dengan Biden.

"Berdasarkan fakta-fakta ini, kami telah dinasihatkan doktor Naib Presiden dan penasihat perubatan kempen bahawa Naib Presiden itu tidak perlu dikuarantin," kata Pengurus Kempen, Jen O'Malley Dillon dalam kenyataan itu.

"Bukan hanya individu yang berjarak lebih 50 kaki dan memakai pelitup muka, tetapi saya juga memakai pelitup muka N-95. Petugas saya juga tidak ada yang berhubung dengan kru ini. Doktor saya telah memberikan nasihat tiada keperluan untuk saya dikuarantin, " ciap Biden.

"Sekiranya ada, biarkan ini menjadi contoh pentingnya memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial yang selamat," tambah bekas naib presiden itu.

Sebelumnya pada Khamis, rakan sepasukan Biden, Kamala Harris membatalkan perjalanan kempennya pada hujung minggu ini setelah pengarah komunikasinya Liz Allen dan seorang anggota kru penerbangan didapati positif Covid-19.

Pada Khamis, Harris dan suaminya Doug Emhoff diuji negatif terhadap virus.

Artikel Berkaitan:

O'Malley Dillon mengatakan pasukan kempen Biden telah memulakan proses pengesanan kontak "untuk memaklumkan semua pihak yang berhubung dengan individu tersebut bagi melihat kemungkinan dijangkiti.”

Kematian Covid-19 AS mencecah 217,696 pada Khamis manakala jumlah jangkitan melebihi 7.9 juta, menurut data yang dikumpul oleh Johns Hopkins University. Kes baharu setiap hari meningkat di 44 negeri, dan kematian setiap hari meningkat di 30 negeri, lapor NBC News. - Bernama