Tiga pengurus syarikat direman kes pemalsuan dokumen

Ketiga- tiga suspek (depan kanan, tengah kiri dan belakang) dibawa masuk ke pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu di sini pagi tadi bagi mendapatkan perintah tahanan reman.
Ketiga- tiga suspek (depan kanan, tengah kiri dan belakang) dibawa masuk ke pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu di sini pagi tadi bagi mendapatkan perintah tahanan reman.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Tiga pengurus syarikat direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan berkaitan pemalsuan dokumen bagi mendapatkan tender daripada sebuah kementerian bernilai RM8.1 juta, dua tahun lalu.

Ketiga-tiga lelaki berusia antara 29 hingga 57 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan dokumen untuk mendapatkan tiga tender pembekalan makanan di negeri ini yang setiap satu tender bernilai RM2.7 juta.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Roszita Md Saad bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan dokumen palsu untuk mendapatkan tender dijalankan.

Kesemua suspek ditahan di pejabat SPRM Terengganu antara jam 4 petang hingga 8 malam, semalam semasa dipanggil untuk mendapatkan keterangan.

Artikel Berkaitan: