Polis buru Goh Leong Yeong

Polis sedang mengesan Goh Leong Yeong yang melarikan diri di Ibu Pejabat SPRM Ahad lalu bagi membantu siasatan kes Macau Scam.
Polis sedang mengesan Goh Leong Yeong yang melarikan diri di Ibu Pejabat SPRM Ahad lalu bagi membantu siasatan kes Macau Scam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang melarikan diri selepas dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dengan kes Macau Scam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, lelaki yang dikenali sebagai Goh Leong Yeong, 32, dikehendaki bagi membantu siasatan tiga kes melibatkan penganjuran judi online di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu itu boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Deputi Superintenden Ahmad Zamri Jai ditalian 012-8993622 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Faizal Asuar di talian 017-3126411," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Huzir memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(C) Akta Judi Terbuka 1953.

Sebelum ini, media melaporkan suspek bergelar 'Datuk Seri' yang disiasat berkaitan kes Macau Scam itu dipercayai dibantu dua pengawal peribadinya ketika melarikan diri dari Ibu Pejabat SPRM pada Ahad lalu.

Dalam perkembangan berasingan, Huzir mengesahkan telah menahan tiga suspek selama 21 hari bermula kelmarin hingga 3 November mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

"Kesemua suspek itu ditahan dan disiasat kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penganjuran judi online di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor," katanya.

Huzir memaklumkan kesemua individu itu ditahan setelah mereka dibebaskan dengan jaminan oleh SPRM kerana terlibat dengan kes Macau Scam baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: