X

Kindly register in order to view this article
!

UMNO, Bersatu sudah mulakan rundingan baharu

Annuar Musa
A
A

SHAH ALAM - UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilaporkan sudah memulakan rundingan bagi mencari penyelesaian terbaik berhubung kerjasama politik antara kedua-dua parti.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, malah, rundingan itu turut melibatkan Pas.

"Saya gembira mendapat tahu wakil UMNO dan Bersatu sudah pun memulakan rundingan. Begitu juga dengan Pas," ciapnya menerusi Twitternya hari ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, Muafakat Nasional juga akan bermesyuarat pada Isnin ini.

"Semuanya dalam suasana 'anak beranak', kita doakan segalanya dipermudahkan ALLAH SWT," katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan memaklumkan parti itu membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang diadakan pada Selasa lalu.

Menurutnya, parti itu akan memberikan syarat baharu melalui perjanjian bertulis kepada kerajaan PN untuk dilaksanakan secepat mungkin bagi meneruskan kerjasama politik.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!