Sanggup minum air tandas demi buktikan pekerja yang setia

Luo didakwa bertindak sedemikian dengan rela hati. - Foto Agensi
Luo didakwa bertindak sedemikian dengan rela hati. - Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Seorang tukang cuci di China sanggup meminum air tandas semata-mata untuk membuktikan kepada majikannya bahawa dia pekerja yang setia.

Wanita dikenali sebagai Luo itu didakwa bertindak sedemikian tanpa paksaan daripada mana-mana pihak hanya kerana mahu menunjukkan dia telah menjalankan tugasnya dengan baik.

Majikannya turut menjadikannya sebagai pekerja contoh dan memuji sikapnya yang sangat dedikasi terhadap tugasnya.

Rakaman video berdurasi 32 saat yang diambil di Zhong Cheng Fertiliser Technology Company di wilayah Shandong di timur Beijing itu bagaimanapun menerima reaksi kurang senang pengguna media sosial selepas ia menjadi tular.

Luo kemudiannya menjelaskan dia berbuat demikian kerana mahu mendorong dirinya untuk bekerja lebih keras pada masa akan datang.

Seorang pengguna di laman blog mikro Weibo menegaskan syarikat terbabit tidak sepatutnya menggalakkan tindakan seperti itu ketika pandemik koronavirus (Covid-19).

"Ajak majikan sertai anda," sindir seorang lagi pengguna.

Selain itu, ada juga yang berpendapat wanita itu mungkin dipaksa melakukan perbuatan menjijikkan itu untuk mencapai sasaran ditetapkan majikannya. - Agensi

Artikel Berkaitan: