ADUN Kunak positif Covid-19

NORAZLINAH
NORAZLINAH
A
A
A

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif mengesahkan beliau dijangkiti koronavirus (Covid-19).

Norazlinah mengesahkan perkara itu menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya dengan menyatakan beliau disahkan positif Covid-19 menerusi ujian yang kedua.

Sehubungan itu, beliau yang juga bekas Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat kini sedang menjalani kuarantin dan rawatan di sebuah hospital di Kota Kinabalu.

Kenyataan itu menyebut, beliau sebelum ini telah menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari selepas didapati ada kontak rapat dengan individu positif Covid-19.

“Untuk makluman semua, beliau tidak menunjukkan sebarang simptom Covid-19 dan secara zahirnya keadaan beliau stabil,” katanya.

Laman Facebook itu meminta supaya semua pihak berdoa untuk kesembuhan beliau.

Terdahulu, Norazlinah yang mewakili Parti Warisan Sabah (Warisan) berjaya mengekalkan kerusinya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini dengan menewaskan lima calon lain.

Artikel Berkaitan: