MCA tetap tidak sokong Anwar

Chong Sin Woon
Chong Sin Woon
A
A
A

SHAH ALAM - MCA menegaskan pendirian mereka tidak menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun sekiranya dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bahawa beliau memiliki jumlah majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu adalah benar.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, partinya kini memberi tumpuan bagaimana untuk membantu kerajaan sedia ada dalam mengekang penularan Covid-19 serta memacu semula ekonomi negara.

"Biro politik (MCA) telah berbincang dan mengambil keputusan, kalau pun Anwar mempunyai sokongan yang cukup, MCA tetap tidak akan menyokong atau bersama beliau untuk menubuhkan kerajaan.

“Itu ketetapan yang diambil oleh MCA,” katanya ketika ditemu bual Astro Awani hari ini.

Berkenaan dengan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Chong Sin Woon berkata, perkara itu masih belum dibawa untuk dibincangkan Biro Politik MCA.

Selain itu, beliau juga menjelaskan pendirian parti berkenaan tetap tidak berubah walaupun terdapat kemungkinan kepimpinan UMNO akan memihak kepada Anwar.

‘"Seperti saya katakan, keputusan yang telah kita ambil ialah kita tidak akan menyertai Anwar dalam pembentukan kerajaan baharu,” katanya.

Beliau turut berharap agar sebarang ketetapan yang akan dibuat oleh UMNO mengambil kira pandangan dan semangat permuafakatan Barisan Nasional (BN).

Artikel Berkaitan: