Kota Kinabalu catat kes Covid-19 tertinggi di Sabah

JKNS melaporkan Kota Kinabalu dan Semporna mencatatkan kes positif Covid-19 baharu yang tertinggi di Sabah hari ini.
JKNS melaporkan Kota Kinabalu dan Semporna mencatatkan kes positif Covid-19 baharu yang tertinggi di Sabah hari ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaporkan Kota Kinabalu dan Semporna mencatatkan kes positif koronavirus (Covid-19) baharu yang tertinggi di Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, berdasarkan laporan JKNS, Sabah mencatat sebanyak 304 kes baharu hari ini.

"Jumlah kes jangkitan Covid-19 hari ini mengikut daerah adalah Kota Kinabalu mencatatkan 58 kes, diikuti Semporna (33), Tawau (31), Lahad Datu (29) dan Sandakan 21.

"Penampang mencatatkan sebanyak 19 kes, Kudat (18), Papar dan Kota Belud masing-masing 16 kes, Tuaran (15), Kunak (13), Putatan (11), Beaufort dan Kota Marudu masing-masing enam kes, Tambunan (5), Sipitang (3), Keningau (2) serta Pitas dan Tenom masing-masing satu kes," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Masidi berkata, jumlah kumulatif kes Covid-19 di Sabah ialah sebanyak 5,797 kes dan sehingga hari ini seramai 2,322 pesakit dilaporkan sembuh.

"Pada hari ini, bilangan kematian adalah tiga orang dan seramai 3,429 pesakit sedang menerima rawatan di dalam wad," katanya.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Kewangan II berkata, pengagihan bantuan bakul makanan kepada golongan sasar sedang berjalan lancar.

"Sehingga hari ini, sebanyak 26,178 bakul makanan telah diagihkan," katanya.

Artikel Berkaitan: