Covid-19: Taiping kini zon merah

Mukim Taiping kini diisytihar sebagai zon merah selepas mencatat 77 kes dalam tempoh dua minggu. - Foto grafik JKN Perak
Mukim Taiping kini diisytihar sebagai zon merah selepas mencatat 77 kes dalam tempoh dua minggu. - Foto grafik JKN Perak
A
A
A

IPOH - Mukim Taiping kini diisytihar sebagai zon merah setelah mencatat bilangan kes jangkitan Koronavirus (Covid-19) terkumpul sebanyak 77 kes dalam tempoh dua minggu.

Jumlah kes harian jangkitan Covid-19 di Perak pula melonjak sehingga 52 kes hari ini dengan satu kluster baharu dikenal pasti.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menerusi maklumat yang dikongsi di Facebook rasmi jabatan itu memaklumkan, kes pertama hingga 48 melibatkan lelaki berusia antara 35 ke 65 tahun yang merupakan tahanan di sebuah pusat tahanan di Daerah Larut Matang dan Selam (LMS).

Menurutnya, mereka telah menjalani saringan Covid-19 pada 3 Oktober lalu sebagai kontak rapat kepada satu kes positif Covid-19 yang mempunyai sejarah pergerakan ke Penjara Alor Setar pada 27 dan 28 September lalu.

"Mereka ini berada di pusat tahanan sepanjang tempoh 14 hari yang lepas. Pada 10 Oktober lalu, ada kes bergejala demam dan menerima rawatan di klinik pusat tahanan.

"Seterusnya, pada 13 Oktober 2020, sampel kedua ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) telah diambil. Keputusan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) kedua pada 14 Oktober 2020 adalah positif. Semua kes ini adalah kes jangkitan tempatan," katanya menerusi hantaran tersebut hari ini.

Artikel Berkaitan: