Tak dapat balik hadiri majlis graduasinya... Ini yang dibuat oleh mahasiswa UiTM

A
A
A

Hanya kerana tidak dapat menghadiri majlis graduasinya, seorang mahasiswa lepasan Diploma Komunkasi dan Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, meraikannya dengan cara yang unik apabila mengenakan jubah akademik dengan mengedit menggunakan beberapa perisian.

Bagi pemilik akaun Twitter @arifahbadli atau lebih dikenali sebagai Arifah Husna Badlishah menulis, dia tidak dapat hadir ke majlis graduasi yang dijalankan baru-baru ini kerana sedang melanjutkan pengajiannya di peringkat ijazah sarjana muda di salah sebuah universiti di United Kingdom.

Bagi mengabdikan memori terindah, dia turut 'mengenakan' jubah akademik dan selempang Anugerah Naib Canselor sepanjang sesi fotografi di sekitar United Kingdom itu.

"Saya tidak dapat hadir majlis konvoksyen baru-baru ini, jadi dengan kemahiran yang ada, saya telah edit dengan beberapa aplikasi untuk menghasilkan gambar dengan hasil di luar kotak pemikiran.

"Apa yang 'real' hanyalah bunga ros. Saya juga mereka corak sedia ada di dalam Photoshop bagi selempang berwarna merah jambu, jubah, corak serta fail UiTM selain menggunakan tablet Wacom Intuos," tulisnya.

Status di Twitter miliknya, @arifahbadli yang dimuatnaik turut mendapat perhatian meluas daripada netizen.

Mahasiswa lepasan UiTM Alor Gajah ini juga cemerlang dalam akademik dan aktif dalam kokurikulum, antaranya sebagai Ketua Media dan Publisiti bagi program Kemuncak Aspirasi dan Kepimpinan Kebangsaan.

Selain itu, Arifah juga merupakan Seketeriat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Alor Gajah.

Artikel Berkaitan:

“Semangat saya begitu berkobar-kobar ketika memakai jubah graduasi dan selempang merah jambu yang sinonim dengan Anugerah Naib Canselor.

“Oleh itu, saya membuat keputusan untuk merakam foto saya di UK selain membeli bunga sendiri dan mengupah kawan sebagai jurugambar,” katanya.

Arifah Husna yang kini melanjutkan pengajian Ijazah Media Massa di Universiti Newcastle, United Kingdom