X

Kindly register in order to view this article
!

Pencemaran Sungai

A
A

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor menggantung lesen sebuah kilang kelapa sawit selama tiga bulan kerana telah menyebabkan pencemaran di Sungai Sembrong Kiri dekat Kluang dua hari lepas. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R Vidyananthan berkata penggantungan lesen berkuatkuasa semalam sehingga 14 Januari tahun hadapan. Beliau berkata tindakan berkenaan adalah susulan aduan mengenai pencemaran di sungai berkenaan pada 13 Oktober lepas (Selasa) mengenai air sungai yang bertukar warna menjadi kehitaman serta turut mengakibatkan penutupan loji Semberong Timur. Siasatan lanjut mendapati bahawa benteng pada kolam tadahan sebuah kilang kelapa sawit telah pecah.

JAS Cawangan Kluang telah mengeluarkan arahan serta-merta untuk menghentikan operasi kilang semasa penguatkuasaan dijalankan. - Foto Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!