Ringgit ditutup rendah berbanding Dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan penurunan harga minyak mentah dunia serta pengelakan risiko oleh peniaga. Foto 123RF
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan penurunan harga minyak mentah dunia serta pengelakan risiko oleh peniaga. Foto 123RF
A
A
A

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan penurunan harga minyak mentah dunia serta pengelakan risiko oleh peniaga, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.1520/1550 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1490/1540 pada Rabu.

Hari ini, minyak mentah penanda aras global Brent turun 2.35 peratus kepada US$42.30 setong

Penganalisis Kanan Pasaran OANDA Asia Pacific, Jeffrey Halley berkata, harga minyak turun selepas Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) sekali lagi menurunkan unjuran penggunaannya bagi 2021 pada Rabu.

“Dengan kekurangan petunjuk baharu atau data untuk merangsang minat, para pelabur dijangka terus kekal tidak memasuki pasaran dan menyimpan keuntungan serta mengurangkan risiko dan tidak menambah pegangan jangka panjang baharu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0520/0547 daripada 3.0564/0605 pada Rabu tetapi turun berbanding pound Britain kepada 5.3851/3907 daripada 5.3667/3749.

Ringgit naik berbanding euro kepada 4.8620/8672 daripada 4.8659/8731 tetapi susut berbanding yen kepada 3.9423/9462 daripada 3.9342/9401. - Bernama

Artikel Berkaitan: