132 positif dalam Kluster Utama

DR NOOR HISHAM
DR NOOR HISHAM
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 132 kes positif koronavirus (Covid-19) dalam Kluster Utama sejak ia mula dilaporkan pada 10 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes itu melibatkan seramai 107 warga asing dan 25 rakyat tempatan.

"Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-15,023 ialah lelaki warga Nepal berumur 28 tahun yang merupakan pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Petaling.

"Kes mula mengalami gejala demam, batuk dan selesema sejak 22 September dan dikesan positif pada 8 Oktober melalui saringan kontak rapat. Pesakit dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan," katanya pada sidang media maya yang disiarkan di laman Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) semalam.

Menurutnya, sebelum ini KKM mengesyaki kes ke-12,549 sebagai kes indeks, namun hasil siasatan lanjut mendapati gejalanya bermula lebih lewat berbanding kes ke-15,023.

"Pecahan kes positif daripada kluster ini terdiri daripada 87 pekerja keselamatan, 18 pekerja pembersihan, 16 pekerja premis pusat beli-belah, enam pengunjung dan lima ahli keluarga," katanya.

Artikel Berkaitan: