PKPB: Tiada halangan keluar selepas 12 tengah malam

Nik Ezanee 
ketika ditemu bual selepas membuat tinjauan di kawasan PKPD di asrama pekerja Tropicana hari ini. - Foto Bernama
Nik Ezanee 
ketika ditemu bual selepas membuat tinjauan di kawasan PKPD di asrama pekerja Tropicana hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Polis tiada halangan membenarkan orang awam keluar selepas jam 12 tengah malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan sehingga 27 Oktober ini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kebenaran itu hanya dibolehkan bagi individu yang mempunyai keperluan khusus dan kes kecemasan demi mengelak penularan wabak koronavirus (Covid-19).

"Jika mahu keluar, amalkan penjarakan fizikal dan pakai pelitup muka serta patuhi prosedur operasi standard ditetapkan serta pastikan selesai urusan, terus balik.

Nik Ezanee berkata, mengikut pemerhatian, kadar pematuhan PKPB membabitkan penduduk di Petaling Jaya berada pada tahap 99 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan di asrama pekerja Tropicana yang berada dalam kawasan Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Isnin lalu sehingga 25 Oktober ini.

Nik Ezaneemelihat kakitangan JKM membungkus makanan sebelum diagihkan kepada penghuni asrama pekerja Tropicana yang dikenakan PKPD hari ini. - Foto Bernama
Nik Ezaneemelihat kakitangan JKM membungkus makanan sebelum diagihkan kepada penghuni asrama pekerja Tropicana yang dikenakan PKPD hari ini. - Foto Bernama

PKPD selama 14 hari di Tropicana dibuat atas saranan Kementerian Kesihatan (KKM) susulan beberapa kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan pekerja Tropicana Corporation Berhad.

Nik Ezanee berkata, seramai 507 pekerja menjalani ujian saringan Covid-19 dan daripada jumlah itu, 240 adalah warga tempatan dan selebihnya warga asing.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, 26 penghuni di asrama tersebut didapati positif Covid-19, katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: PKPD di asrama pekerja Tropicana

23 pekerja kelab golf Tropicana dijangkiti Covid-19