Enam dikompaun tidak pakai pelitup muka

Enam individu dikompaun RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka dalam operasi pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Port Dickson. - Foto 123RF
Enam individu dikompaun RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka dalam operasi pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Port Dickson. - Foto 123RF
A
A
A

PORT DICKSON - Enam individu dikompaun RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka dalam operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua mereka dikenakan tindakan ketika pemeriksaan dilakukan di premis perniagaan di sekitar Lukut dan Port Dickson pada jam 9 pagi sehingga 2 petang.

"Semua individu terbabit melakukan kesalahan mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

"Mereka diberi tempoh 14 hari untuk menjelaskan kompaun itu di Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan dengan memakai pelitup muka serta menjaga penjarakkan fizikal semasa berada di premis-premis perniagaan serta mengelakkan untuk berada di tempat awam yang sesak.

Beliau berkata, task force pematuhan SOP PKPP akan mengambil tindakan secara berterusan bagi memastikan masyarakat sentiasa peka dan patuh kepada normal baharu sepanjang tempoh PKPP dilaksanakan.

Artikel Berkaitan: