Deschamps puji aksi Pogba

Aksi Pogba (kiri) pada perlawanan kelmarin. - Foto AFP
Aksi Pogba (kiri) pada perlawanan kelmarin. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps memuji aksi Paul Pogba ketika menewaskan Croatia 2-1 pada aksi Liga Negara-Negara UEFA di Stadium Maksimir, Zagreb, kelmarin.

Deschamps berkata, biarpun beraksi selaku pemain gantian, bintang Manchester United itu dilihat berperanan bagi membantu gol kedua yang juga gol kemenangan skuad Les Bleus itu hasil jaringan rakan sepasukan Kylian Mbappe pada minit ke-79.

Malah menurut Deschamps, Pogba turut mempamerkan aksi berkualiti biarpun hanya dimasukkan selaku pemain gantian pada perlawanan berkenaan.

"Dia (Pogba) adalah ibarat seorang ‘ketua’ dalam permainan. Dia memiliki kapasiti untuk membuat keputusan selain menjadi ketua bagi pasukannya.

“Saya tidak meletakkan dalam kesebelasan utama, kerana melihatkan dia lebih sesuai sebagai pemain gantian terutamanya dengan ‘masalah’ yang sering ditimbulkannya.

“Bagaimanapun, dia masih seorang pemain yang penting buat pasukan ini kerana selain memiliki kualiti dari segi assists, dia juga memiliki kualiti dari segi teknik (permainan),” katanya.

Kemenangan itu kini menyaksikan skuad Les Bleus itu berkongsi 10 mata dengan pendahulu kumpulan A3, Portugal hasil seri sekali dan menang tiga kali daripada empat perlawanan yang diharungi setakat ini.

Mengikut jadual, Peranciss bakal berdepan Finland dalam satu aksi persahabatan setelah melengkapkan aksi Kumpulan A3 berdepan Portugal dan Sweden nanti di mana pasukan yang muncul pemenang di peringkat kumpulan itu layak beaksi dalam kejohanan akhir melibatkan hanya pasukan yang dijadualkan berlangsung tahun hadapan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu rakan sepasukannya, Antoinne Griezmann gembira kerana Deschamps telah meletakkannya di posisi yang betul selaku penyerang tengah berbanding penyerang di sebelah kanan sebelum ini.

“Dia (Deschamps) tahu posisi terbaik buat saya dan saya mengambil kesempatan atas kepercayaan itu selain keyakinan daripada rakan-rakan sepasukan bagi membantu saya dalam perlawanan.

“Biarpun perlawanan menentang Croatia adalah sukar dan berlangsung di atas permukaan padang yang juga sukar, tetapi apa yang mustahak adalah kami memenanginya dan sekali gus membuktikan kami adalah pasukan yang baik,” katanya.