Banteras sindiket scam hingga ke akar umbi

Mohd Azmi Abdul Hamid
Mohd Azmi Abdul Hamid
A
A
A

ALOR SETAR - Penglibatan segelintir pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam sindiket penipuan Macau Scam tidak boleh dibiarkan berterusan.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata. perbuatan tersebut ibarat ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ yang menjejaskan imej PDRM selain dibimbangi mengancam keselamatan negara.

Beliau berkata, perumpamaan itu harus dijadikan peringatan kepada anggota PDRM supaya berhati-hati memikul amanah diberikan.

“Mereka yang berstatus ‘pagar’ tetapi menyalah gunakan kedudukan untuk merosakkan dan membaham padi yang diamanahkan kepada mereka perlu dihukum supaya ‘pagar’ lain tidak turut melakukan pengkhianatan kepada padi yang dipertanggungjawabkan,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sehubungan, Mohd Azmi berkata, pihaknya menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PDRM melancarkan siasatan besar-besaran dalam mengesan individu terlibat dengan sindiket penipuan itu yang kerap dilaporkan mangsa.

“Kerajaan perlu pastikan mereka yang terlibat tidak terlepas daripada hukuman kerana kumpulan sindiket itu telah menjejaskan kehidupan ribuan masyarakat yang diperdaya dengan mudah,” katanya.

Mohd Azmi selain itu berkata, kelicikan sindiket menyamar mewakili pelbagai agensi awam itu perlu dibanteras sehingga ke akar umbi.

“Kes ini serius dan menggemparkan negara apabila SPRM mendedahkan beberapa pegawai PDRM terlibat melindungi sindiket Macau Scam bernilai puluhan jutaan ringgit.

Artikel Berkaitan:

"PDRM tidak boleh kompromi terhadap individu yang mengkhianati amanah dan tanggungjawab melindungi negara daripada jenayah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sindiket 'cuci duit': SPRM panggil sembilan pegawai kanan polis

Pada 9 Oktober lalu, SPRM memaklumkan bahawa seramai 17 pegawai dan anggota pasukan keselamatan itu termasuk pegawai kanan polis melibatkan beberapa Ketua Polis Daerah disiasat oleh badan itu berkaitan sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram.

Sumber SPRM berkata, sembilan pegawai kanan itu dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk diambil keterangan, bagaimanapun tiada tangkapan dibuat.

Proses mengumpul keterangan sedang giat dijalankan dan sebanyak 736 akaun dibekukan dengan jumlah penyitaan sekitar RM101 juta.