Kes denggi di Negeri Sembilan meningkat

 S Veerapan
S Veerapan
A
A
A

SEREMBAN - Kes denggi di Negeri Sembilan meningkat 36.5 peratus kepada 2,550 kes dalam tempoh Januari sehingga Sabtu lalu berbanding kepada 1,868 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Exco Bertindak Alam Sekitar, Kesihatan dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, bagi tempoh minggu ke-41 iaitu antara 4 Oktober hingga 10 Oktober lalu, sebanyak 40 kes direkodkan.

"Bagaimanapun tiada kes kematian dilaporkan pada minggu semasa menjadikan kumulatif kematian denggi sebanyak lapan kes sehingga Sabtu lalu.

"Daerah Seremban mencatatkan jumlah kes paling tinggi iaitu (2,200 kes), Port Dickson (82 kes), Tampin(76 kes), Jempol (66 kes), Rembau (65 kes), Jelebu (38 kes) dan Kuala Pilah (23 kes)," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, pada Sabtu lalu terdapat 12 lokaliti wabak yang masih aktif di daerah Seremban.

Beliau berkata, Taman Bukit Margosa merupakan lokasi panas apabila merekodkan kes paling tinggi iaitu (18 kes) diikuti Taman Jasmin dan Flat Cempaka(7 kes) yang diletakkan sebagai lokasi wabak tidak terkawal.

"Aktiviti pencegahan dan kawalan telah diteruskan pada masa ini walaupun berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula pada 10 Jun sehingga hujung tahun ini.

"Kita memberi tumpuan dengan menjalankan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan aedes di premis kediaman dan kawasan persekitaran, aktiviti larviciding, semburan pengasapan dan promosi kesihatan," katanya.

Artikel Berkaitan: