100 hari double standard: Syed Saddiq

Hantaran Facebook Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Hantaran Facebook Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, hari ini genap 100 hari seorang menteri yang pulang dari luar negara bebas dari menjalani kuarantin.

Menurutnya lagi, tidak cukup dengan itu, menteri yang berkenaan juga sejak 100 hari yang lalu telah gagal untuk mematuhi arahan kuarantin 14 hari dan pemakaian gelang pink

“100 hari double standard.

"Tidak ada denda, jauh sekali penjara.

“Mereka masih bebas dan mungkin tidak ada hukuman yang dikenakan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Menurutnya, perkara itu berbeza sekali dengan penguatkuasaan (SOP) yang dikenakan kepada rakyat.

“Bayangkan, seorang pelajar yang turunkan mask (pelitup muka) sekejap pun didenda RM1,000.

“Kes mak cik gelang pink juga dikenakan denda RM8,000 dan penjara,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, banyak lagi kes dan kejadian rakyat telah didenda kerana tidak patuh kepada SOP sementara untuk menteri, masih tidak ada apa-apa tindakan yang diambil.

“Untuk seorang menteri, kita boleh tunggu sehingga 100 hari dan masih belum ada apa-apa tindakan yang dikenakan kepada mereka.

“Kluster dapat dibentuk oleh mereka yang positif Covid-19 di mana-mana tidak kira mereka itu rakyat biasa atau menteri,' ujarnya.

Justeru, beliau berharap keadilan dan kesaksamaan undang-undang di Malaysia akan dapat disegerakan dengan komitmen oleh semua pihak berkuasa.