X

Kindly register in order to view this article
!

Pakar IT ditembak dipercayai terlibat sindiket judi

Noor Azam
A
A

AMPANG - Seorang lelaki yang cedera ditembak di hadapan rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong, pada 21 September lalu, dipercayai terbabit sindiket perjudian dan penipuan dalam talian.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, bagaimanapun peranan mangsa yang bekerja sebagai pakar IT dengan sindiket berkenaan masih dalam siasatan.

"Setakat ini, seramai 12 individu berusia dari 30 hingga 40 tahun berjaya ditahan. Enam daripada individu yang ditahan akan didakwa hari ini, lima individu sebagai saksi dan seorang lagi diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kerana menjadi individu dikehendaki.

"Dua suspek utama dikenali sebagai Loo Lai Ming atau Datuk Michael dan Choong Aik Boon ([email protected]) masih diburu,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Ampang Jaya baharu menggantikan Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 35 tahun dilaporkan baru sahaja sampai di hadapan rumahnya dan ditembak ketika dia keluar dari kereta oleh suspek yang menunggang motosikal.

Sementara itu, dalam kes berlainan, Noor Azam memberitahu, seramai 29 tangkapan dilakukan susulan insiden tembak seorang ahli perniagaan dan pengawal peribadi di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting, dekat sini pada 25 September lalu.

“Siasatan lanjut berkaitan kes itu masih giat dijalankan termasuk dari sudut kongsi gelap, peribadi atau lain-lain," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua lelaki parah ditembak rempuh pelajar sekolah

Kes tembak ahli perniagaan: 19 individu ditahan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!