X

Kindly register in order to view this article
!

Pas junjung kasih Agong

Kenyataan Media PAS yang diedarkan hari ini. Gambar kecil: Takiyuddin Hassan
A
A

KUALA LUMPUR - PAS merafak setinggi-tinggi junjung kasih ke hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas kebijaksanaan dan langkah berhikmah Seri Paduka Baginda menyelesaikan sebarang kemelut termasuk politik, sehingga berjaya membawa kepada ketenangan, keharmonian dan kestabilan dalam negara.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS yakin Seri Paduka Baginda telah bertindak berdasarkan segala kuasa prerogatif dan budi bicara sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan dan undang-undang negara atas konsep Raja Berperlembagaan.

“Parti-parti politik yang diberikan amanah untuk membentuk Kerajaan Baginda (His Majesty’s Government) yang kini dipimpin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberikan sokongan padu tanpa diganggu gugat bagi membolehkan kerajaan ini berfungsi dengan baik dan efektif,” katanya dalam satu kenyataan.

Takiyuddin berkata, jemaah Kabinet yang dianggotai oleh parti Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), PAS dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mestilah bertindak secara kolektif dan bertanggungjawab.

“Semua pihak perlu memberikan keutamaan dan fokus kepada kesejahteraan rakyat, terutama di era sukar di mana semua pihak berusaha bertungkus lumus bagi menangani penularan semula pandemik koronavirus (Covid-19) serta langkah memulihkan ekonomi negara terjejas teruk,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!