Thailand isytihar darurat di Bangkok

Kerajaan Thailand mengisytiharkan darurat di Bangkok untuk melarang perhimpunan besar-besaran di jalanan. - Foto AFP
Kerajaan Thailand mengisytiharkan darurat di Bangkok untuk melarang perhimpunan besar-besaran di jalanan. - Foto AFP
A
A
A

BANGKOK - Kerajaan Thailand mengisytiharkan darurat di Bangkok untuk melarang perhimpunan besar-besaran bertujuan menamatkan tunjuk perasaan di jalanan.

Di bawah dekri darurat, menetapkan larangan berkumpul seramai lima orang atau lebih serta penerbitan berita dan mesej dalam talian lain yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan menimbulkan ketakutan atau menyebarkan maklumat palsu.

Ia berkuat kuasa mulai 4 pagi (waktu tempatan) hari ini.

Dekri darurat itu menyebut banyak kumpulan mengadakan perhimpunan awam yang menyalahi undang-undang di bandar serta mencetuskan kekacauan dan rusuhan.

Tindakan sedemikian menimbulkan ancaman keselamatan terhadap negara, orang ramai dan harta benda.

"Perhimpunan menyalahi undang-undang boleh menjejaskan keberkesanan langkah pencegahan untuk membendung pandemik Covid-19 yang akan memberi kesan kepada keselamatan dan ekonomi negara.

"Justeru, adalah perlu untuk memperkenalkan langkah-langkah bagi mengatasi keadaan itu dengan lebih berkesan bertujuan memelihara keamanan dan ketenteraman," menurut dekri itu.

Pada semalam, penunjuk perasaan turut dilaporkan cuba menghalang perarakan diraja.

Artikel Berkaitan:

Di bawah dekri itu, polis boleh menahan penunjuk perasaan sehingga 30 hari.

Sejak pertengahan Julai, siri protes jalanan berlangsung, mengulangi tuntutan mereka antara lain menggesa pembubaran Parlimen, gangguan terhadap pengkritik pemerintah dihentikan dan pindaan perlembagaan. - Bernama