Penghantar makanan maut dilanggar lari

Seorang penghantar makanan maut selepas motosikalnya dipercayai dilanggar kenderaan lain di Kilometer 88.3 Lebuhraya Utara-Selatan, Yong Peng, Kluang malam tadi.
Seorang penghantar makanan maut selepas motosikalnya dipercayai dilanggar kenderaan lain di Kilometer 88.3 Lebuhraya Utara-Selatan, Yong Peng, Kluang malam tadi.
A
A
A

KLUANG - Seorang penghantar makanan Foodpanda maut dilanggar lari di Kilometer 88.3 Lebuhraya Utara Selatan, Yong Peng, arah selatan dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.57 malam, Muhamad Faiz Kamis, 30, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 parah selepas dipercayai dilanggar kenderaan lain.

Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng dengan bantuan sebuah jentera Light Fire Rescue Team (LFRT) serta sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Mangsa dipercayai dilanggar oleh kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti.
Mangsa dipercayai dilanggar oleh kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti.

Ketua Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Ahmad Rafidi Ramli berkata, sejurus tiba pihak bomba mendapati mangsa dan motosikalnya berada di tepi lebuh raya berkenaan.

"Mangsa disahkan sudah meninggal dunia semasa pemeriksaan dilakukan oleh pegawai perubatan yang hadir ke lokasi. Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Mangsa dilanggar lari oleh kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti. Operasi tamat pada jam 9.54 malam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: