Mohamad Farouk Ketua Polis Daerah Ampang Jaya baharu

Mohamad Farouk (kanan) dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Ampang yang baharu berkuatkuasa hari ini dengan disaksikan Noor Azam (tengah).
Mohamad Farouk (kanan) dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Ampang yang baharu berkuatkuasa hari ini dengan disaksikan Noor Azam (tengah).
A
A
A

AMPANG - Penolong Pengarah (Pematuhan) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha dilantik menjadi Ketua Polis Daerah Ampang Jaya yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff akan bertukar ke ke Asisten Komisioner Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Selangor.

Penyerahan serah terima tugas itu berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.

Noor Azam berkata, sepanjang penugasan Noor Azmi sebagai Ketua Polis Daerah, beliau membawa penambahan dan penambahbaikan ke tahap yang membanggakan.

"Indeks jenayah mencatatkan penurunan 19.92 peratus bagi tempoh sama bermula Januari hingga Oktober.

"Antara kejayaan Noor Azmi adalah menumpaskan sindiket pecah rumah, ragut, rompak dan samun. Saya ucapkan semoga maju jaya kepada beliau," katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Ampang Jaya di IPD Ampang Jaya hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berharap Mohamad Farouk dapat mempertingkatkan kerjasama dengan masyarakat dalam usaha memerangi jenayah.

Sementara itu, Mohamad Farouk berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket jenayah khususnya di daerah ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya berharap rakan sejawat dan semua warga IPD Ampang Jaya dapat memberi kerjasama kepada saya dalam membantu mentadbir IPD ini dengan baik.

"Saya berjanji akan sedaya upaya akan menjalankan tugas dengan berdedikasi," katanya.