X

Kindly register in order to view this article
!

Enam dikompaun tak pakai pelitup muka di Port Dickson

Enam individu di Port Dickson dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam, semalam. (Gambar hiasan) - Foto 123RF
A
A

PORT DICKSON - Polis mengenakan kompaun terhadap enam individu kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam dalam pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijalankan di beberapa premis di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua mereka dikompaun RM1,000 seorang yang perlu dijelaskan di Pejabat Kesihatan Port Dickson dalam tempoh 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan.

“Orang ramai dinasihatkan agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan dengan sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakkan fizikal dan mengelak berada di tempat sesak,” katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!