Gangguan air di Klang, Shah Alam pulih tengah hari ini

Bekalan air di 15 kawasan di Klang dan Shah Alam yang mengalami gangguan dijangka pulih sepenuhnya jam 12.30 tengah hari ini. (Gambar fail Bernama)
Bekalan air di 15 kawasan di Klang dan Shah Alam yang mengalami gangguan dijangka pulih sepenuhnya jam 12.30 tengah hari ini. (Gambar fail Bernama)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekalan air di 15 kawasan di Wilayah Klang dan Shah Alam yang mengalami gangguan susulan insiden paip pecah semalam dijangka pulih sepenuhnya jam 12.30 tengah hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor), Elina Baseri berkata, pengguna telah mula menerima bekalan air seawal jam 4.30 pagi dan pemulihan air di kawasan yang terjejas adalah secara berperingkat berdasarkan jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

“Air Selangor ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip pecah yang berlaku berhampiran pencawang elektrik di Jalan Bukit Raja, Klang semalam telah siap sepenuhnya jam 4 pagi tadi,” katanya.

Katanya, maklumat bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor dalam Facebook, Twitter dan Instagram serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang di www.airselangor.com. - Bernama

Artikel Berkaitan: