Bonda Tengku Temenggong Kelantan mangkat

Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra. Foto Facebook Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan Al-Muhammadi.
Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra. Foto Facebook Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan Al-Muhammadi.
A
A
A

KOTA BHARU - Bonda kepada Tengku Temenggong Kelantan iaitu Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra telah mangkat pada jam 2.18 pagi tadi akibat sakit tua.

Tengku Merjan, 80, merupakan ibu kepada Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Tengku Merjan juga merupakan anak sulung Almarhum Sultan Yahya Petra dan juga bonda saudara kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Jenazah akan dibawa dari HRPZ II ke Istana Balai Besar pada jam 7 pagi dan solat jenazah akan disempurnakan pada jam 11 pagi. Seterusnya jenazah akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar Kota Bharu.

Pengesahan kemangkatan tersebut dibuat melalui Pejabat Sultan Kelantan.

Tengku Merjan meninggalkan tiga putera dan seorang puteri.

Pada 20 September lalu, suami kepada Tengku Merjan iaitu Almarhum YM Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah baharu sahaja mangkat.

Artikel Berkaitan: