Jangan turunkan Gomez

JOE GOMEZ
JOE GOMEZ
A
A
A

BEKAS pemain Liverpool, Danny Murphy menasihatkan Jurgen Klopp supaya tidak menurunkan Joe Gomez di bahagian pertahanan pada aksi bertemu Everton di Goodison Park, Sabtu ini.

Menurutnya, Gomez dilihat tidak sesuai untuk diturunkan dalam perlawanan penting tersebut selepas menampilkan persembahan kurang memuaskan ketika dibelasah Aston Villa 2-7 baru-baru ini.

"Dia (Gomez) dilihat tidak cukup yakin dan tidak cergas di atas padang seperti sebelum ini.Saya tahu Klopp perlu membuat keputusan besar adakan akan menurunkannya dalam perlawanan itu nanti.

"Saya tak tahu karakter Gomez di luar padang, tetapi saya rasa lebih elok buat Liverpool mengandingkan Fabinho dengan Virgil van Dijk untuk bertemu Everton. Saya fikir itu pilihan yang lebih baik.

"Posisi pertahanan tengah sangat penting buat Liverpool ketika ini kerana kekuatan terbesar Everton adalah barisan serangannya.Dominic Calvert-Lewin (penyerang Everton) sangat tajam dan sering mencetak gol setiap kali beraksi," katanya.

Murphy juga berpendapat kekalahan besar kepada Villa baru-baru ini juga merupakan petanda bahawa Klopp perlu melakukan sedikit pengubahsuaian di benteng pertahanan sekiranya tidak mahu terus bolos besar.

Pertemuan Derbi Merseyside antara Everton dan Liverpool dijangka menarik dengan tuan rumah mahu mengekalkan rekod tanpa kalah mereka manakala Liverpool mahu menebus kedukaan tewas kepada Villa.

Atas kertas, Everton dilihat berpeluang memenangi perlawanan tersebut berdasarkan persembahan cemerlang dalam tiga perlawanan liga selain faktor menjadi tuan rumah perlawanan tersebut.

Artikel Berkaitan: