Aplikasi pintar China masih popular walaupun disekat

Indonesia menjadi sasaran perniagaan aplikasi SHAREit kerana ia mempunyai penduduk keempat teramai di dunia. - Foto AFP
Indonesia menjadi sasaran perniagaan aplikasi SHAREit kerana ia mempunyai penduduk keempat teramai di dunia. - Foto AFP
A
A
A

KETIKA SHEIN yang berasal dari China menjadi salah satu aplikasi beli-belah terbesar di Amerika Syarikat (AS), aplikasi SHAREit pula diharamkan di India walaupun cukup popular di negara-negara lain.

Namun, aplikasi Likee sedang 'mengejar' kepopulariti TikTok tetapi ia nekad mengelakkan nasib yang sama dialami TikTok di AS.

Aplikasi TikTok kini hampir untuk mencapai satu perjanjian dengan syarikat Amerika Syarikat bagi membenarkan ia beroperasi di negara itu. - Foto AFP
Aplikasi TikTok kini hampir untuk mencapai satu perjanjian dengan syarikat Amerika Syarikat bagi membenarkan ia beroperasi di negara itu. - Foto AFP

Pembuat-pembuat aplikasi China kelihatan belajar dari pengalaman pembina aplikasi sebelum ini di mana pasaran utamanya telah menjadi musuh kepada teknologi dari negara tersebut.

Pakar-pakar menyatakan ia mungkin menjadi petunjuk peningkatan teknologi pintar dan responsif dari China yang tidak dapat dihalang lagi.

Namun, ia bergantung kepada kerosakan jangka panjang akibat perbalahan keselamatan dan diplomatik yang mungkin dibawa oleh jenama buatan China.

Buat masa sekarang, strategi syarikat aplikasi yang dimiliki oleh China adalah memenuhi tindak balas pelanggan mereka dengan cepat.

Media sosial turut membuat pemasaran secara agresif dan aplikasi-aplikasi dari negara itu telah memenangi hati para peminat di tempat-tempat yang tidak dijangkakan sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Peruncitan fesyen terkenal iaitu SHEIN telah mewujudkan ramai individu yang berpengaruh. Ia turut melibatkan selebriti di AS termasuk penyanyi seperti Rita Ora dan Katy Perry untuk meningkatkan ranking aplikasinya.

Aplikasi itu turut mengiklankan satu barisan fesyen Katy Perry yang mampu dibeli oleh golongan remaja, pakaian dan aksesori pada masa pelancaran albumnya pada tahun ini.

SHEIN kini menduduki salah satu daripada lima aplikasi teratas di dalam aplikasi Apple Store di AS, Australia dan Perancis, menurut agensi yang berpangkalan di AS, Sensir Tower.

Aplikasi SHEIN dari China kini adalah antara yang popular dalam kalangan pengguna di Amerika Syarikat. - Foto AFP
Aplikasi SHEIN dari China kini adalah antara yang popular dalam kalangan pengguna di Amerika Syarikat. - Foto AFP

"Ramai pengguna global aplikasi itu sebenarnya tidak mengetahui mereka sedang berurusan dengan sebuah syarikat China," kata penganalisis peruncitan yang berpangkalan di Hong Kong, Philip Wiggenraad.

Pada Februari lalu ketika aplikasi WeChat mahu mencari pembekal, SHEIN berkata, ia mempunyai operasi di lebih 200 buah negara dengan jualan tahun lalu melebihi AS$2.96 bilion (RM12.29 bilion).

Malah TikTok yang berdepan dengan masalah pemilikan di AS yang mana ia dituduh menjadi ancaman keselamatan negara itu telah memperolehi 800 juta muat turun di seluruh dunia walaupun mendapat publisiti yang negatif, menurut data daripada Sensor Tower.

Ia berlaku walaupun India mengharamkan lebih 200 aplikasi China berikutan perbalahan di sempadan negaranya dengan Beijing pada tahun ini.

TikTok kini hampir untuk mencapai satu perjanjian bagi membenarkan ia beroperasi di AS.

Kepayahan yang dialami oleh aplikasi itu termasuk beroperasi di kawasan geopolitik yang mengalami kekecohan mungkin menjadi isyarat kepada aplikasi-aplikasi yang masih tidak diketahui di China.

Dalam pada itu, aplikasi perkongsian fail SHAREit yang diharamkan di India sebelum ini telah memasuki pasaran baharu.

Ia telah pun mempunyai 20 juta pengguna aktif di Afrika Selatan dan juga menjadikan Indonesia sebagai sasaran baharu kerana ia mempunyai penduduk keempat teramai di dunia.

Pakar berkata, lain-lain aplikasi yang berpangkalan di luar China yang mempunyai ikatan dengan perniagaan Barat mungkin juga akan diboikot oleh beberapa kerajaan yang berasa curiga dengannya.

"Kami mempunyai pengguna di beberapa lokasi di seluruh dunia termasuk AS, Singapura dan India," kata seorang jurucakap Bigo yang merupakan aplikasi video pendek seperti aplikasi Likee kepada AFP.

"Namun, kami tidak mempunyai sebarang server di tanah besar China atau Hong Kong," ujarnya.

Bigo dibina dan beribu pejabat di Singapura sebelum ia dibeli oleh firma China, JOYY.

Ia telah disenaraikan di bursa saham teknologi iaitu Nasdaq di New York, AS.

Berikutan aktiviti cetak rompak, keselamatan siber dan potensi pengaruh Beijing, para pemaju aplikasi-aplikasi itu perlu meyakinkan kerajaan dan pengguna bagi tempoh masa yang panjang.

Syak wasangka dipercayai akan "mengubah landskap di mana ia beroperasi dan memaksa mereka untuk menerapkan pelbagai perbezaan bisnes dan strategi data lokalisasi," kata Prof Madya Severine Arsene yang mengkaji dasar digital China dari Universiti China Hong Kong.

Ia bermakna menempatkan sebuah ibu pejabat syarikat dan membangunkan teknologi di wilayah yang 'selamat' atau menempatkan prosesan data di beberapa wilayah yang berbeza.

Tekanan pula adalah berkaitan dengan isu asas iaitu syarikat China menjadi proksi 'de facto" Parti Komunis China, kata felo penyelidik Yayasan Hinrich, Alex Capri.

"Firma-forma China akan mendapati semakin sukar untuk bersaing di luar landskap autoritarian-tekno digital," katanya.

Syarikat-syarikat China telah meningkatkan kecurigaan sama ada mereka mungkin akan terpaksa berkongsi data dengan kerajaan.

Walaupun terdapat perbalahan dengan Washington dan New Delhi, Beijing tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan mengetepikan cita-cita teknologinya, kata seorang pakar ekonomi Bank United Overseas, Ho Woei Chen.

Malah, memisahkan China daripada rangkaian bekalan teknologi global pada masa depan mungkin mempunyai kesan tidak disengajakan bagi memaksa syarikat-syarikat China supaya meningkatkan dan membina kemampuan mereka, kata Woei Chen lagi. - AFP