Trump, Biden debat secara berasingan

Trump akan bersiaran dari Miami manakala Biden (kiri) akan tampil di Philadelphia pada esok. - Foto AFP
Trump akan bersiaran dari Miami manakala Biden (kiri) akan tampil di Philadelphia pada esok. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan tampil pada acara 'town hall' sempena sesi debat pusingan kedua yang akan disiarkan oleh NBC News pada malam esok yang bakal menyaksikan hos, Savannah Guthrie sebagai moderator acara tersebut.

Jadual baharu tersebut diumumkan selepas Trump dan pesaingnya daripada parti Demokrat, Joe Biden pada mulanya dijangka bertemu pada program debat tersebut secara berasingan.

Menurut NBC News, Trump akan bersiaran langsung dari Miami manakala Biden akan membuat penampilan di Philadelphia dan akan disiarkan stesen ABC.

Acara itu juga pada asalnya dirancang diadakan dalam format 'town hall' di mana kedua-dua calon presiden terbabit juga akan menjawab soalan yang diajukan para penonton, namun rancangan itu terpaksa diubah berikutan Trump dijangkiti koronavirus (Covid-19).

Penganjur acara debat itu memaklumkan mereka mahu mengubah format sesi debat itu kepada penampilan maya atas faktor keselamatan, namun ditolak Trump.

Terdahulu, NBC News memaklumkan ia telah menerima memo daripada Pengarah Klinikal di Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) dan Pakar Penyakit Berjangkit, Anthony Fauci bahawa mereka mempunyai keyakinan tinggi bahawa Trump tidak lagi berisiko untuk menjangkiti individu lain.

"Para penonton masih perlu memakai pelitup muka dan melaksanakan penjarakkan sosial sebagai langkah berjaga-jaga,"

Sejak Trump disahkan positif Covid-19 pada awal bulan lalu, Biden dilaporkan sering melakukan ujian saringan dan memperoleh keputusan negatif. - Agensi

Artikel Berkaitan: