Punca kebakaran diketahui seawal Sabtu

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Siasatan punca kebakaran di sebuah rumah teres setingkat di Taman Desa Vista, Sepang yang turut melibatkan kematian sepasang suami isteri pada Isnin, dijangka mengambil sedikit masa dengan keputusan diketahui paling awal Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Azmi Osman berkata, ketika ini pasukan forensik kebakaran dan polis masih menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian.

"Kami perlu membuat analisis siasatan untuk menentukan bagaimana api merebak dan ia memakan masa yang lama,'’ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri maut terbakar diklasifikasi sebagai kes bunuh

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah suami, isteri mangsa bunuh dikebumikan

Sementara itu, Ketua Pengarah JBPM Datuk Mohammad Hamdan Wahid ketika dihubungi, berkata penyiasatan kes berkenaan turut dibantu oleh bahagian siasatan ibu pejabat JBPM di Putrajaya.

"Hasil siasatan masih belum diketahui," katanya.

Dalam kejadian itu, dua penjawat awam yang bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35, dan isteri Norwahidah Abdul Hamid, 28, ditemui mati.

Artikel Berkaitan:

Semalam, polis mengklasifikasikan semula kes berkenaan sebagai kes bunuh selepas laporan awal bedah siasat ke atas Norwahidah mendapati ada kesan kecederaan akibat hentakan benda keras di kepala. - Bernama