Zionis tembak wanita Palestin

Wanita Palestin yang didakwa cuba menikan temtera Israel di pos pemeriksaan Al-Zaayim, awal hari ini.
Wanita Palestin yang didakwa cuba menikan temtera Israel di pos pemeriksaan Al-Zaayim, awal hari ini.
A
A
A

RAMALLAH - TEBING BARAT. Tentera Israel menembak mati seorang wanita Palestin di pos pemeriksaan Al-Zaayim berhampiran pintu masuk ke penempatan haram Maale Adumin di timur Baitulmaqdis, awal hari ini.

Media tempatan melaporkan, tentera Israel melepaskan tembakan selepas wanita terbabit berlari sambil memegang pisau ke arah mereka.

Jurucakap polis Israel dalam kenyataannya berkata, wanita tersebut didakwa cuba menikam salah seorang anggota keselamatan yang ditempatkan di pos pemeriksaan berkenaan.

Wanita Palestin tersebut cedera parah dan meninggal dunia beberapa minit selepas ditembak.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan tentera Israel.

Pesuruhjaya polis Israel, Yoran Halevi yang melawat lokasi kejadian berkata, pihaknya sedang menyiasat motif dan dari mana wanita terbabit datang sambil menegaskan kawalan keselamatan di kawasan tersebut telah ditingkatkan. - Agensi

Artikel Berkaitan: