X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan tubuh jawatankuasa khas jaminan akses bekalan Vaksin Covid-19

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
A
A

PUTRAJAYA - Kabinet hari ini bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 bagi memastikan vaksin itu dapat diperoleh pada kadar segera, selamat dan sempurna apabila ada.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, jawatankuasa itu akan diketuai secara bersama oleh beliau dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

"Keputusan penubuhan jawatankuasa khas ini adalah penting bagi memastikan persediaan awal yang rapi dibuat sebelum bekalan vaksin diterima untuk kegunaan seluruh rakyat Malaysia," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan menyediakan rangka kerja dan pelan perolehan serta pengagihan vaksin COVID-19 apabila ia diluluskan untuk kegunaan di Malaysia.

Menerusinya, beberapa jawatankuasa kecil dengan skop tugas tertentu akan turut dibentuk merentasi pelbagai kementerian dan agensi bagi memudah cara serta mempercepat pelaksanaan tugasan itu.

Khairy berkata skop tugasan itu termasuk pemilihan vaksin, komunikasi, pendaftaran dan kelulusan, memudah cara perdagangan, kewangan, penstoran, logistik dan pengangkutan serta pengagihan vaksin.

Pada Selasa, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata vaksin Covid-19 dari China mungkin digunakan di Malaysia menjelang akhir tahun ini dengan negara itu bersetuju memberi keutamaan kepada Malaysia sebagai penerima vaksin koronavirus. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!