Anwar hanya buang masa rakyat

Maximus Ongkili
Maximus Ongkili
A
A
A

KOTA KINABALU - Tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam hanya membuang masa rakyat.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, banyak masalah yang perlu diambil tindakan selain desakan beliau yang menimbulkan kemelut politik negara.

"Buat masa ini, keutamaan kita harus menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan meningkatkan ekonomi sama seperti negara lain di seluruh dunia memerangi penularan koronavirus (Covid-19) adalah lebih penting.

Maximus yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) berkata, keutamaan buat masa ini adalah untuk melindungi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuk meningkatkan ekonomi negara.

"Rakyat sudah cukup menderita, kita ada perkara yang lebih penting untuk dilakukan, kita ada banyak perkara perlu dicapai," katanya.

Terdahulu, Anwar sekali lagi menghangatkan semula politik Malaysia apabila sejak bulan lalu mendakwa memiliki sokongan daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Bagaimanapun, Anwar ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam tidak mengemukakan senarai nama ahli Parlimen seperti yang didakwanya iaitu membabitkan lebih 120 ahli Parlimen yang menyokong beliau.

Artikel Berkaitan: