X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

SOP mukim Klang terbatal susulan pelaksanaan PKPB di Selangor

Ismail Sabri Yaakob
A
A

KUALA LUMPUR - Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor berkuat kuasa hari ini, prosedur operasi standard (SOP) PKPB di mukim Klang yang diumumkan sebelum ini adalah terbatal, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Oleh kerana kerajaan telah umumkan PKPB seluruh Selangor dan Selangor termasuk dalam mukim Klang, maka SOP yang diumumkan untuk mukim Klang secara automatik adalah terbatal.

"SOP PKPB seluruh Selangor adalah terpakai juga bagi mukim Klang," katanya pada sidang akhbar secara maya menerusi Facebook Kementerian Pertahanan hari ini.

Mengenai penyebaran berita palsu berkaitan koronavirus (Covid-19) beliau berkata, setakat hari ini, sebanyak 273 kertas siasatan telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau berkata, sebanyak 136 kes masih dalam siasatan, 35 kes telah didakwa di mahkamah, 21 didapati bersalah, 13 dalam proses perbicaraan dan 12 diberikan notis amaran.

"Pada masa sama, sebanyak 390 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu telah diperjelaskan kepada orang ramai oleh Pasukan Respons Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang ditubuhkan bagi membantu membendung penyebaran berita palsu berkaitan Covid-19.

"Tindakan penguatkuasaan aktif juga sedang dijalankan pada masa ini berdasarkan laporan awam yang diterima," katanya.- Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!