Kes ugut guna pistol: Polis ada petunjuk baharu

Mohd Khalil ketika melancarkan Ops Selamat ke-14, di sini, hari ini.
Mohd Khalil ketika melancarkan Ops Selamat ke-14, di sini, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor sudah mempunyai petunjuk bagi menjejaki suspek yang terlibat dalam jenayah ugutan dengan menggunakan pistol yang tular dalam satu rakaman video di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, buat masa ini petunjuk tersebut adalah nombor pendaftaran dan jenis kenderaan yang turut dirakam dalam video berkenaan.

“Jika kita lihat video itu, penghujungnya kita telah dapat nombor pendaftaran dan jenis kenderaan. Jadi kita sekarang tengah kesan dan siasatan lanjut sedang dibuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat video tular lelaki diugut, diacu pistol

“Sehingga kini juga kami belum menerima laporan daripasa mangsa yang diugut, jadi kami mohon dia bertemu dengan polis untuk memudahkan urusan menjejak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran Ops Selamat ke-14, di Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Gelang Patah, di sini, hari ini.

Mohd Khalil Kader berkata, berdasarkan daripada penelitian video itu pihaknya percaya dan tidak menolak kemungkinan kejadian itu mempunyai kaitan dengan kesalahan narkotik.

“Satu laporan telah dibuat oleh pegawai jabatan narkotik, sebab dipercayai video ini mempunyai kaitan dengan unit berkenaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai tempat lokasi berlakunya kejadian berkenaan, beliau berkata, pihaknya hanya mengandaikan ia telah berlaku di Kulai, Johor.

“Berdasarkan daripada video dan jalan cerita kita percaya ia berlaku di Kulai, tetapi tiada bukti lagi adakah ia berlaku di sana, kita akan teliti lagi,” katanya.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 505c, Seksyen 506 dan Seksyen 386 Kanun Keseksaan kerana melakukan penghinaan dan ugutan jenayah.

Kelmarin, tular satu video berdurasi 2 minit 32 saat memaparkan seorang lelaki mengugut seorang lelaki lain dengan sepucuk pistol dan menggunakan bahasa kesat.