X

Kindly register in order to view this article
!

[DIKEMAS KINI] Ku Li mahu usul undi tidak percaya dibahaskan

Tengku Razaleigh Hamzah
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mahu usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibahaskan di Dewan Rakyat.

Menerusi sepucuk surat yang dilihat oleh Sinar Harian, Tengku Razaleigh mendakwa kerajaan pimpinan Muhyiddin telah menolak usul yang sama untuk dibahaskan sebanyak dua kali.

"Usul tidak percaya ini adalah amat penting atas beberapa sebab keperlembagaan termasuk kesahihan kerajaan sekarang ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri.

"Sekiranya usul tersebut disokong oleh sebahagian besar (majoriti) ahli-ahli Dewan Rakyat, akibat keperlembagaan yang menyusulnya haruslah dipersembahkan ke pengetahuan Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta usul tersebut dikemukakan kepada Dewan Rakyat sebagai perkara penting yang memerlukan perhatian segera.

"Ia perlu dibuat agar kerajaan kepimpinan Perdana Menteri kini dapat mengesahkan keajarannya di Dewan Rakyat," katanya.

Dalam surat itu, Tengku Razaleigh juga menyentuh tentang penyogokan politik.

"Untuk makluman, Perdana Menteri telah menawarkan jawatan Penasihat Petronas kepada saya yang pernah ditawarkan kepada bekas Perdana Menteri, tetapi saya menolak tawaran tersebut.

"Saya menolaknya kerana prihatin terhadap Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan berkaitan hilangnya kelayakan menjadi ahli Parlimen, sekiranya dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan.

"Bahagian kecil (sub-edition) ini bertujuan mencegah ahli-ahli Dewan Rakyat daripada menyokong atau pun mengundi demi menyokong kerajaan bagi maksud penyogokan politik," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!