X

Kindly register in order to view this article
!

Penganggur didakwa ugut bunuh kakak kandung

Tertuduh dibawa anggota polis ketika di Mahkamah Majistret Kulim hari ini.
A
A

KULIM - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Kulim hari ini kerana melakukan ugutan bunuh terhadap kakak kandung dalam kejadian minggu lalu.

Muhamad Shah Izuan Azmi, 28, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap kakaknya yang berusia 30 tahun di sebuah rumah di Padang Serai, Kulim kira-kira jam 6.05 petang pada 9 Oktober lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan ugutan jenayah dengan berkata 'Aku nak bunuh hang' terhadap kakaknya dengan niat membunuh.

Atas perbuatan itu, dia telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh dibawa anggota polis ketika di Mahkamah Majistret Kulim hari ini.
Tertuduh dibawa anggota polis ketika di Mahkamah Majistret Kulim hari ini.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Siti Suhada Sabarudin di hadapan Majistret Che Rohana Ismail.

Terdahulu, mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin, namun peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Fieza Fazlin Fandi merayu bagi pihak tertuduh agar jaminan dibenarkan atas alasan tertuduh masih bujang dan mahu bekerja bagi menanggung kedua ibu bapa.

Bagaimanapun, Majistret Che Rohana menolak rayuan itu kerana bimbang menimbulkan gangguan kepada mangsa.

Mahkamah menetapkan 12 November depan untuk sebutan semula kes.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!